Port Dickson


Assalamualaikum semua :)
final exam untuk tingkatan 4 dah selesai lahhh , tersangat laa suka hati . lega pun ada . TAPI ! kena bersedia pulak untuk PEPERIKSAAN SPM TAHUN DEPAN . aiyoo , tersangat laa susah hati nak mendengarnya . takpe takpe , hal tu tolak ketepi dulu sebab sekarang ika nak cerita perancangan ika selepas habis final exam nie *Ya Allah , tetiba semangat sangat nak tulis . hehe . untuk pengetahuan semua, kelas ika ada buat perancangan untuk bercuti dengan kawan-kawan kelas ke Port Dickson . hoorayyy ! seronok sangat dengar kan ? tapi.... satu apa pun tak siap lagi . surat permohonan pun belum lulus lagi . alahaiii , lemahnya bila nak dengar ada banyak masalah nak timbul . tapi takdelah sampai stress macam nak jawab soalan akhir tahun hari tu . hehe . kali ni , ika yang bertanggungjawab membuat surat kebenaran dan kertas kerja dengan pertolongan beberapa sahabat ika . memang tersangat lah berterima kasih kat dorang sebab sudi tolong memikirkan dan bantu nak siapkan kertas kerja tuu . ika memang stress jugak laa buat kertas kerja tuu . tuu yang rasa terkilan kalau semua tak jadi . ika sanggup tolak ketepi homework yang ada untuk siapkan benda tu .padahal sebenarnya memang malas nak buat homework . hehe . so bila dah dua minggu jawab exam , ika pun ajaklah kawan ika nak pergi tanya cikgu perkembangan untuk holiday tu . bayanggkan bila jawapan cikgu
Syafiqah : cikgu , macam mana dengan pd tu ?
Cikgu : siapa guru lelaki yang ikut sekali nanti ?
Syafiqah : lah , kena ada ke cikgu ?
Cikgu : yelah , mesti la kna ada . siapa nak jaga budak lelaki nanti .
Syafiqah : *pandang muka nana dengan muka yang pasrah
Nana : senyum
Syafiqah : takpelah cikgu , saya dah give up nak uruskan pasal semua ni lagi . tak kisah laa apa nak jadi sekalipun .
Nana : angguk . tanda stuju .
Cikgu : lah awak ni , cepat sangat putus asa
Syafiqah : susah la cikgu bila saya jer yang iya2 buat tapi semua tak bagi respon .
Cikgu : senyum , nantilah saya cuba cari kan ya .
Syafiqah & nana : masing2 senyum .
dlm hati memang itu pun sebenarnya . hehe
secara kesimpulannya , ika memang ada rasa sedikit terkilan . tapi ika tak 100% mengalah cuma nak mengharapkan ada orang yang tolong fikirkan sekali . kalau nak mengharapkan budak lelaki memang taklah kan . kalau nak enjoy , masing-masing kenalah bagi kerjasama sikit . tolonglah.. penat tau nak memikirkan semua ni. baru fikir je .belum nak buat lagi . kalau tak jadi , don't put the blame on me okay . cause all of that happen bcause all of you . kesian dekat ekin sebab terpaksa nak tunggu duit untuk bayar deposit apartment tu . dah la orang dah tolong 'book' kan . bukan nak hargai . please , my dearest friend . i beg you . please don't treat me and ekin and others like this for this vacation . thank you .

SEMUA NAK ENJOY KAN ? KENALAH BERKORBAN SIKIT YE ? TAK BANYAK PUN KALAU SEMUA BEKERJASAMA . TERIMA KASIH :)

COUPLE HARAM

assalamualaikum sahabatku ,

pagi jumaat di sekolah ika tadi , ada satu ceramah khas tentang masalah 'couple' di sekolah. ya, sekarang sudah menjadi trend remaja kini menunjukkan kasih-sayang mereka tetapi dengan cara yang salah. Ustazah Fauziah ada menyentuh dengan perangai remaja-remaja sekarang dalam isu ber'couple' ni. bak kata ustazah, 'ber' itu bahasa melayu , 'couple' pula bahasa inggeris. okay, memang tak ada kena-mengena cuma ustazah sengaja ingin menghidupkan suasana. dengan cara ustazah yang sambil berlawak ramai yang segar. harap-haraplah ada yang ambil manfaat daripada ceramah tersebut. Ika sebenarnya bersyukur sebab ika tak tergolong dalam golongan tersebut TETAPI ika tetap berdoa agar hati ika tak berubah arah,insya-Allah. yang ika risaukan, kawan-kawan ika yang ramai terbabit dalam hal ini. Ika sebenarnya dah lama nak cuba sedarkan, tapi ika tak tahu macam mana cara yang betul. ika takut kawan ika terasa atau mengasingkan ika. tapi ALHAMDULILLAH, kerana rupa-rupanya ada seorang yang sedar dan bertanya apa tindakan yang seterusnya. ika tahu ika bukan orang yang baik untuk membincangkan soal agama. tapi apa yang ika belajar dan baca,ika akan cuba sampaikan. ika harap-harap sangat semoga kawan ika ni apat fikir dengan sebetulnya. Ika gembira sangat kalau dia meninggalkan perkara itu. dah jelas, 'couple' itu haram sebab dari situ berlakulah zina-zina kecil. menghampiri zina pun kita tidak dibenarkan apatah lagi melakukannya. Sedarlah wahai sahabat sekalian, kmbali jalan yang benar . jika ada usaha, semuanya pasti dilancarkan dengan izin Allah S.W.T . ingat Allah selalu pasti kita tiada masa untuk ingat akan perasaan kasih kita kepada pasangan yang tidak sepatutnya. cuba hayati kata-kata di bawah ini :)
Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga.
(^_^) + (^_^!)

sinar perubahan

"Apa tujuan kita menutup aurat, Ustazah?" Pertanyaanku secara tiba-tiba itu memecah sepi yang sebelum ini menyelubungi Kelas Tiga Abi Daud.

Ternyata soalan 'cepumas' itu berjaya menarik perhatian rakan-rakan sekelasku yang sebelum ini pasif mendengar penjelasan Ustazah Ruqayyah tentang kepentingan menutup aurat.

Masing-masing cuba memberi pendapat mereka. Ustazah Ruqayyah cuba menenangkan suasana kelas yang tiba-tiba riuh itu sambil melemparkan pandangan keluar.

Pagi tadi, dia ada terdengar kemungkinan ada pemantau daripada Jabatan Pelajaran Johor akan ke sekolah ini. Takut juga dia kalau-kalau pemantau itu sudah tiba dan sedang melawat kelas-kelas di sekolah ini. Kelas yang bising ini pastinya akan meninggalkan imej yang kurang baik kepada pemantau tersebut.

"Tolong diam semua!" Ustazah Ruqayyah meninggikan sedikit suaranya. Para pelajar kembali menumpukan perhatian. Masing-masing kelihatan tidak sabar ingin mendengar jawapan yang akan keluar daripada mulut ustazah yang mereka hormati ini.

Ustazah Ruqayyah menerangkan kepada kelasnya tujuan umat Islam menutup aurat setelah suasana kelas mula terkawal. "Tujuan utama kita menutup aurat sudah tentulah untuk memenuhi tuntutan sebagai seorang Muslim. Oleh itu, kita wajib melaksanakannya." Begitulah bunyi jawapan yang keluar daripada mulut ustazah.

"Bukankah tiada paksaan dalam agama, Ustazah?" Aku melontarkan lagi persoalan yang bermain di benakku. Ustazah kelihatan berfikir sejenak. Mungkin berfikir cara terbaik untuk menjawab soalanku. "Baiklah pelajar semua." Ustazah berhenti seketika, cuba memancing tumpuanku dan rakan-rakan sekelasku.

"Konsep tiada paksaan dalam agama ini cuma sesuai dalam konteks tidak memaksa orang yang masih belum menerima Islam sebagai pegangannya. Sebagai contohnya, kita tidak boleh memaksa orang bukan Islam menerima Islam. Kita cuma boleh mengajak sahaja bukannya memaksa."Sambung ustazah lagi.

"Bagi orang yang sudah Islam, wajiblah ke atasnya untuk menerima ketetapan yang telah disyariatkan semampu mungkin." Ustazah Ruqayyah menghujani lebih banyak kefahaman Islam kepada muridnya. Kebanyakan rakan sekelasku menganggukkan kepala mereka tanda memahami penerangan yang diberi ustazah tapi hatiku masih sarat dengan tanda tanya.

Kemudian, ustazah meneruskan pengajarannya yang sebelum ini terhenti dengan pertanyaanku sehinggalah bunyi loceng menandakan waktu pulang berbunyi nyaring. Sebelum meninggalkan kelas, ustazah sempat berpesan supaya bertemu dengannya jika ada apa-apa masalah.

"Eh, kau nak ke mana tu Syu? Jomlah balik." Ajak Zulaikha, teman rapatku.

"Kau baliklah dulu. Cikgu Hashim suruh aku hantar buku latihan ni tadi." Balasku. Sebelum meninggalkanku, Zulaikha sempat mengingatkanku tentang rancangan kami hendak keluar ke bandar esok. Menurutnya lagi, Kamal dan Raqib akan menyertai kami. Aku menganggukkan kepalaku.

Selepas itu, aku mengatur langkahku ke bilik guru. Cikgu Hashim tiada di situ jadi aku meletakkan sahaja buku latihan yang aku bawa di atas mejanya. Saat kakiku ingin melangkah keluar, mataku terpandang Ustazah Ruqayyah yang kelihatan sedang sibuk menyemak buku pelajar di mejanya. Serta merta persoalan yang bersarang di benakku menjelma lagi. Sifat ingin tahu bertandang menguasai fikiranku lantas ku susun langkahku menuju ke mejanya.

"Assalamualaikum." Aku menghulurkan ucapan selamat. Ustazah Ruqayyah mencari pemilik suara itu sambil menyambut ucapan salamku.

"Oh, Syuhada rupanya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Tanyanya pula. Aku kehilangan kata-kata. Lidahku kaku.

"Eh, kenapa dengan aku ni, tadi bukan main semangat, sekarang..." Aku bermonolog antara hati dan perasaan.

"Ya, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Ustazah mengulangi pertanyaannya.

"Em..." Aku memulakan bicaraku.

"Boleh tak Ustazah jelaskan kepada saya tentang tiada paksaan dalam agama?" Aku meneruskan kata-kataku apabila keyakinan mula mengambil alih perasaanku. Ustazah tersenyum dan bertanya.

"Syuhada, awak pemain bola jaring sekolah kan?" Tanya ustazah. Aku mengangguk kepala, sedikit kehairanan bermain di fikiranku. Mencari perkaitan antara pertanyaanku dengan soalan yang diajukan sebentar tadi.

"Maka, sudah tentu awak mematuhi peraturannya?" Sekali lagi aku mengangguk.

"Begitu jugalah dengan Islam. Apabila sudah Islam, maka wajib dipatuhi ketetapannya, sama ada suka atau tidak." Ustazah merungkaikan persoalan yang mengetuk fikiranku satu-persatu.

"Kalau awak tak main bola jaring, buat apa awak ikut peraturannya kan?" Senyuman manis menghiasi wajahnya. Aku mengiyakan kata-kata ustazah.

Hatiku berbunga riang kerana persoalan yang kerap bertandang telah dapat dirungkaikan."Terima kasih, ustazah." ucapku perlahan.

Di rumah, selepas bersolat Isya', aku termenung memikirkan kejahilanku. Kata-kata ustazah siang tadi menerjah fikiranku saban detik. Bagai musafir di gurun tandus. Meraba jalan mencari setitik air bagi mengairi tekak. Begitulah dengan diriku, dahagakan setitik ilmu untuk memanduku menjadi muslimah sejati.

Sebelum ini, aku kerap berpeleseran dengan teman-temanku jika ada kesenggangan. Menunjukkan identiti sebagai seorang yang semakin jauh dari jalan yang seharusnya dilalui sebagai seorang Islam. Untuk apa aku melakukan itu semua?

"Syuhada, mari makan." Laung ibuku lembut menyirnakan lamunanku. "Baiklah." Aku menjawab sambil menuju ke dapur.

"Ibu..." Aku memulakan bicara pada malam yang dingin itu.

"Kenapa Islam mensyariatkan umatnya menutup aurat?"

Ibu kehairanan dengan sikapku malam ini. Selalunya aku akan mencebik masam setiap kali dia cuba mengutarakan soal aurat. Namun, ibu ketepikan itu semua kerana yang penting anaknya ini sudah ingin berubah. "Em, baiklah, kalau ibu nak simpan cincin perkahwinan ibu, di mana tempat yang paling sesuai?" Tanya ibu.

"Tentulah di tempat yang paling selamat." Jawabku.

"Begitulah dengan aurat kita. Kalau kita rasa ia berharga, tentulah kita akan menjaganya daripada tatapan umum, bukan begitu? Sebaliknya, jika kita rasa aurat kita itu umpama perhiasan murahan, sudah tentu kita tidak kisah mempertontonkannya kepada orang yang asing dalam hidup kita, kan?"Ibu mencurahkan diriku dengan jawapan yang boleh kufahami dengan jelas.

"Kita kena ingat menutup aurat juga mempunyai mesej supaya kita menjaga pergaulan kita dengan lelaki ajnabi dalam kehidupan masyarakat ini." Tambah ibuku lagi.

Selepas mendengar penerangan ibu, aku berasa yang aku perlu berubah. Lantas ku hubungi Zulaikha. Kepadanya aku berkata bahawa aku tidak dapat mengikutnya esok kerana ada hal lain. Dia agak terkejut dengan keputusanku itu dan cuba memujukku namun hatiku bulat menegaskan yang wajar berkata tidak kepada ajakannya. Zulaikha akhirnya akur dengan keputusanku.

Keesokan harinya, tatkala fajar sudah terbit dari kamar peraduannya, aku sudah terjaga. Selepas solat Subuh, aku membantu ibu di dapur. Ibuku senang dengan perubahan yang aku buat ini. "Eh, hari ini kan ayah akan balik, bu." Aku tiba-tiba teringat.

"Oh, ibu terlupa." Kata ibuku sambil menepuk dahinya.

"Kalau macam tu malam ni kena masak istimewa sikit ni." Kata ibuku lagi.

"Jom, teman ibu ke pasar, Syuhada."

"Baiklah. Em, ibu ada tudung lebih?" Tanyaku spontan. Ibu agak terkejut dengan pertanyaan itu namun dia menguntum senyum sambil menganggukkan kepalanya. Akhirnya, impiannya termakbul.

- Artikel iLuvislam.com

para remaja


Astaghfirullah , banyaknya dosa kita jika dihitungkan dari saat ke saat. apakah balasan di akhirat kelak ? banyaknya silap kita di muka bumi ini . dari sini , ika ingin mengajak semuanya untuk kembali ke jalan Allah yang sebenarnya. memang kita dilahirkan di sebuah negara Islam, tetapi yakinkah kita akan cara hidup kita ? sekarang , kita terlampau meminati artis-artis korea , cara mereka menari,menyanyi,perwatakan mereka,dan macam lagi yang kita anggap sebagai sempurna! ya memang itulah sifat zahir kita yang suka melihat kecantikan fizikal seseorang . ika ialah salah seorang daripadanya. akibat terlalu mengikut trend remaja kini, ika hanyut dalam dunia k-pop. tapi tidak semestinya k-pop sahaja,lihatlah di negara Islam ini pun hiburan diletakkan sebagai aspek yang paling penting dalam kehidupan kita. betul kan? konsert tidak terkira banyaknya, artis-artis malaysia kebanyakannya beragama Islam. lihatlah diri kita sendiri, semuanya mengikut aliran dunia semata-mata. mana tanggungjawab kita yang sebenarnya? di dunia atau di akhirat ? ingatlah teman-teman, semua ini hanya disebabkan syaitan sudah mengaburi mata kita dengan keseronokkan dunia sahaja, niat kita dilencongkan ke arah kemaksiatan, perbuatan kita melanggar hukum nyata jelas ditunjuk oleh Allah S.W.T melalui Al-Quran . jahilnya kita ini. ika sendiri, yang boleh dikatakan peminat korea , hanya mendengar lagu-lagu korea, video-video korea , rancangan-rancangan korea . sudah berapa banyak dosa jika dihitungkan ? masya-ALLAH.. mulai hari ini ika ingin mengajak semuanya untuk bersama-sama dengan ika untuk berubah demi kebaikan bersama. ika BUKAN nak menunjukkan diri ini seorang yang baik , tapi ika tersedar dngan kealpaan ika hidup di dunia selama ini. Pada masa kini , perkataan couple sudah menjadi biasa bagi kalangan kita bukan ? hmm , tak dapat nak dikatakan lagi . sesungguhnya kita tahu bahawa couple itu haram . ika harap kita semua dapat meluruskan jalan kita di dunia ini . marilah sama-sama kita memanjat doa kepada Allah agar dilimpahkan dengan rahmatnya yang teragung agar kita kembali ke jalan ISLAM yang sebenarnyya . janganlah mensia-siakan TITLE ISLAM dalam diri kita ini . manfaatkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W kekasih ALLAh ini dalam kehidupan kita . mulakanlah dengan SOLAT yang menjadi tembok penahanan kita daripada diserang dengan pujukan syaitan . "saya hanya pandai berkata-kata tetapi tidak melaksanankannya" ika tak akan biarkan perkara ini wujud dalam diri . ika nak kita semua berusaha ke jalan Allah. Insya-ALLAH , pastikan niat kita ikhlas dengan seadanya ... jangan lupa kurangkan menonton tv, kerana kebanyakkan dari kita terikut-ikut dengan apa yang kita lihat tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya....

p/s : ruangan ini sebenarnya khas untuk menaikkan semangat ika supaya berubah dari keburukkan kpada kebaikan . amin ...